Logo

Sidang DUN Sarawak diadakan esok


KUCHING, 10 Mei - 
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan diadakan, esok.

Speaker, Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar berkata sidang perlu diadakan selaras Artikel 21(3) dan Artikel 21(4) bagi mengelak pembubaran DUN.

Jelasnya, tempoh 6 bulan persidangan DUN akan tamat pada 13 Mei ini, selepas kali terakhir diadakan pada 13 November tahun lepas.

Dua Rang Undang-Undang Kerajaan akan dibentangkan iaitu RUU Perbekalan Tambahan (2019) 2020 dan RUU Perbekalan Tambahan (2020), 2020.

Ia akan dibentang oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Dua, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sidang pada esok juga, tidak melibatkan sesi soal jawab lisan dan tiada usul ahli persendirian dibenarkan.

Pegawai Kesihatan Awam akan ditempatkan di pintu masuk bangunan DUN manakala Ahli Yang Berhormat yang sedang melalui proses kuarantin
dikecualikan menghadiri sidang berkenaan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.