Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

5 premis di sekitar Jalan Gat Lebuh Cecil George Town diarah tutup 14 hari bermula hari ini

  • Published in Berita Semasa

GEORGE TOWN - Kotor dan tidak menepati piawaian kebersihan.

5 premis di sekitar Jalan Gat Lebuh Cecil George Town diarah tutup 14 hari bermula hari ini.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) turut mengeluarkan enam kompaun atas kesalahan pengendali makanan yang tidak menerima suntikan typhoid.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pelesenan, Bawani Murugasan berkata, semasa tinjauan pagi tadi, pasukan bertugas menemui najis tikus di dalam premis berkenaan antaranya di kawasan membuat air dan di belakang peti sejuk.

Terdahulu, MBPP, bermula 1 November lalu, diberikan kuasa mengikut undang-undang kecil 38(1) undang-undang kecil Establishment Mak anan MBPP 1981 yang membenarkan pihak MBPP untuk mengeluarkan kompaun dan arahan penutupan jika kebersihan sesebuah premis tidak mencapai piawaian yang ditetapkan.