Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Hospital Sultan Ismail Petra : Hospital pakar kedua terbesar di Kelantan

  • Published in Berita Semasa

KUALA KRAI - Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai, Kelantan muncul sebagai hospital pakar kedua terbesar di Kelantan dengan 13 perkhidmatan kepakaran ditawarkan kepada penduduk di sekitar kawasan itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, hospital yang menelan belanja 286-juta ringgit di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) itu akan memberi manfaat kepada penduduk Kuala Krai.

Ia juga dijangka mampu meningkatkan taraf hidup terutamanya penduduk di luar bandar.

ospital yang beroperasi sepenuhnya pada September tahun lepas dilengkapi 268 katil.

Berkonsepkan "Hospital Dalam Taman", hospital yang dibangunkan di atas tapak seluas 40 hektar ini terletak kira-kira 5 kilometer dari Hospital Kuala Krai lama.

Beliau menyatakannya kepada pemberita pada sidang media selepas majlis perasmian Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai, Kelantan.

Perasmian disempurnakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V.

Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dan isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson serta Pengarah Kesihatan Kelantan, Dato' Dr Zaini Hussin.

Sementara itu, penduduk di Kuala Krai menyuarakan kegembiraan mereka dengan terbinanya hospital berkenaan.