Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Penduduk disaran buat persiapan awal hadapi banjir, melibatkan penduduk berhampiran Sg. Galas, Sg. Nenggiri dan Sg. Lebir.

  • Published in Berita Semasa

KELANTAN - Di Kelantan pula, Lebih 5,000 ribu penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan pinggir tiga sungai utama di Gua Musang dinasihatkan membuat persiapan awal bagi menghadapi bencana banjir.

Hujan berterusan melebihi dua jam boleh menyebabkan air sungai Galas, Nenggiri dan Lebir naik secara mendadak sehingga melimpahi tebing.

Situasi hujan berterusan itu juga menyebabkan beberapa rumah penduduk di beberapa kawasan ditenggelami banjir kilat.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kegagalan penduduk membuat persiapan awal akan terdedah kepada kejadian tidak diingini.

Katanya, banjir di daerah ini kerap berlaku kepada penduduk yang tinggal di kawasan berisiko dengan limpahan air sungai.

Beliau berkata demikian selepas melawat tiga beradik yatim piatu di Kampung Mentara Lama bersama Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang dan menyampaikan sumbangan.

Mohamad Syahadam Abdul Talib Mohd Kasim, 19 tahun menjaga dua adik tirinya, Siti Noraini Ahmad, 14 tahun dan Siti Norasniza, 9 tahun selepas kematian ibu bapa mereka.