Wednesday, November 20, 2019
updated 12:18 PM UTC, Nov 20, 2019

Suruhanjaya bebas aduan dan salah laku Polis, lebih 250 orang individu terlibat dalam sesi pendengaran awam

  • Published in Berita Semasa

JOHOR - Lebih 250 individu terlibat dalam sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis, IPCMC 2019 sehingga siri ketiga, setakat ini.

Sesi pendengaran disertai individu dari pelbagai latar belakang iaitu pegawai-pegawai dan pesara-pesara polis, ahli akademik serta badan-badan bukan kerajaan.

Pengerusinya, Ramkarpal Singh berkata, sesi itu merupakan medium mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak berkepentingan dan orang awam mengenai IPCMC 2019.

Setakat ini, maklum balas diterima positif.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi ketiga IPCMC 2019 di Iskandar Puteri, Johor.

Tambahnya, sesi pertama dan kedua dianjurkan di Sarawak serta Pulau Pinang manakala sesi keempat bakal dilaksanakan di di Sabah, lusa.

Jawatankuasa tersebut akan mengemukakan syornya ke Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat sebelum 18 November ini.