Tuesday, June 2, 2020

updated 10:45 AM UTC, Jun 2, 2020

2 minggu selepas PKP pengaruhi tindakan yang bakal diambil

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA, 31 Mac - 
Setelah 2 minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana, jumlah kes harian terus meningkat dan kadang kala mendatar.

Jumlah kes harian yang didiscaj dari wad juga meningkat setiap hari.

Bagi Datuk Dr Noor Hisham, data tersebut menunjukkan impak inisiatif Kementerian Kesihatan dan pelbagai agensi dalam tempoh sebulan ini.

Tempoh dua minggu seterusnya adalah mustahak, kerana ia akan menentukan bentuk tindakan yang diambil kerajaan yang setakat ini memberi impak diharapkan.

Statistik juga menunjukkan terdapat dua kumpulan umur masyarakat yang paling tinggi kes positif COVID-19 berbanding kumpulan umur yang lain.

2 kumpulan tersebut dalam lingkungan 26 hingga 30 tahun dan 56 hingga 60 tahun.