Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Jumlah Kutipan Tabung Pahlawan meningkat , kempen dan promosi akan diteruskan

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Meskipun sudah mencapai sasaran Kutipan Tabung Pahlawan KTP 2019, Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV) berharap jumlah kutipan akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Ketua Pengarahnya, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad berkata, pelbagai kempen dan promosi akan terus dilaksanakan ke segenap pelusuk negara bermula November hingga Februari tahun depan.

JHEV berusaha mengumpul seberapa banyak dana agar lebih ramai veteran Angkatan Tentera Malaysia,ATM yang kurang bernasib dapat dibantu.

Tambahnya, segala kempen ini tidak hanya mengutip dana semata mata tetapi JHEV juga bertanggungjawab menyemai dan meningkatkan semangat patriotisme dan sifat kecintaan terhadap negara kepada setiap rakyat Malaysia.

KTP juga akan memasuki ke sekolah, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta bagi mengadakan program khususnya kepada generasi muda tentang pentingnya perjuangan dan pengorbanan veteran Aangkatan Tentera Malaysia dalam mempertahankan dan mengekalkan kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara.

JHEV berharap, lebih ramai lagi individu, syarikat korporat dan badan bukan kerajaan NGO tampil menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada para pahlawan negara melalui KTP di masa akan datang.