Wednesday, November 20, 2019
updated 12:42 PM UTC, Nov 20, 2019

Tiga pengedar dadah rakyat asing bakal ditembak mati di Bali

  • Published in Berita Dunia

BALI - Dua warga Thailand dan seorang dari Perancis berdepan hukuman ditembak mati selepas ditahan kerana menyeludup dadah ke Bali, Indonesia.

Manakala, seorang warganegara Rusia, berdepan hukuman penjara 15 tahun jika sabit kesalahan cuba menyeludup kokain.

Warga Thailand dikenali sebagai Kasarin Khamkhao dan Sanicha Maneetes tiba minggu lalu dari Bangkok ditahan di lapangan terbang dan hasil pemeriksaan menemukan 958 gram methamphetamine.

Pasangan tersebut berdepan hukuman tembak jika sabit kesalahan.

Dalam satu lagi kes, warga Perancis Olivier Jover ditahan di Bali selepas menerima pakej dikirim dari negara asal mengandungi lebih 20 gram kokain dan jumlah itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara jika sabit kesalahan.

Warga Rusia, Tatiana Firsova juga ditahan minggu lalu ketika tiba di Bali dari Doha cuba menyeludup kokain dan berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun.

Suspek penyeludupan dadah didedahkan kepada media sebelum menjalani perbicaraan.