Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

KPLB pertimbangkan cadangan wujudkan platform transaksi dalam talian bagi KUD

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Luar Bandar mempertimbangkan cadangan mewujudkan platform pembelian dan jualan dalam talian bagi Karnival Usahawan Desa akan datang.

Langkah itu jelas Menterinya, Datuk Seri Rina Harun, penyediaan kemudahan transaksi dalam talian seiring dengan arus perubahan semasa selain mampu meningkatkan capaian produk usahawan luar bandar.

Selaras usaha itu, kementerian akan menaiktaraf kelajuan jalur lebar di 191 pusat komuniti desa bagi kemudahan usahawan memanfaatkan e-dagang.

Beliau berkata demikian selepas majlis penutup Karnival Usahawan Desa yang menyaksikan penglibatan 1,500 usahawan desa dari seluruh negara.

Sepanjang KUD selama 4 hari di Putrajaya, hampir dua juta pengunjung menghadiri karnival dengan nilai jualan RM39.8 juta berjaya diraih.