Friday, July 10, 2020

updated 10:55 AM UTC, Jul 10, 2020

RTM nafi penyebaran berita palsu seperti mana tular

  • Published in Nasional

SEREMBAN, 31 Mac - Hanya Terengganu dan Negeri Sembilan yang mengumum untuk membatalkan Bazar Ramadan sehingga kini.

Sementara Kelantan akan bertindak memuktamadkan keputusan setelah mengambilkira keadaan nanti.

Bagi negeri-negeri lain, penetapan sama ada ingin meneruskan Bazar Ramadan atau sebaliknya belum diputuskan

27 Mac lalu, Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan tiada penganjuran Bazar Ramadan pada tahun ini.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, keputusan itu dibuat bagi menjamin kesihatan rakyat susulan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, jelas beliau, peniaga masih boleh menjalankan aktiviti perniagaan mereka dari rumah dengan menggunakan konsep bayaran ketika penghantaran (COD).

Di Terengganu, melalui laman Facebook Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak memaklumkan, pembatalan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Terengganu Bagi Menangani COVID-19 yang dipengerusikan Menteri Besar.

Sehubungan itu, peniaga bazar disaran pertimbangkan alternatif seperti mengusahakan pemasaran perniagaan dalam talian dan menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah.

Perkembangan itu sekaligus menafikan ciapan di laman Twitter yang tular kononnya mendakwa Bazar Ramadan bagi tahun 2020 seluruh negara dibatalkan.

RTM tengah malam tadi menafikan Berita palsu tersebut yang didakwa bersumberkan organisasi berita ini.