Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Masyarakat India kini sibuk dengan persiapan membeli belah pelbagai kelengkapan untuk menyambut pesta cahaya

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Berbaki seminggu sahaja lagi menjelang Deevapali, kemeriahannya kian terasa.

Masyarakat India kini sibuk dengan persiapan membeli belah pelbagai kelengkapan untuk menyambut pesta cahaya.

Kawasan tumpuan di ibu negara, pastinya di Little India, Brickfields.

Deepavali atau lebih dikenali sebagai Pesta Cahaya secara simboliknya bererti cahaya yang menerangi kegelapan.

Di Malaysia, kemeriahan persiapan dapat dilihat di Little India Brickfields, Klang, Johor, Ipoh, Melaka, Pinang dan sebagainya.

Sementara, Little India Brickfields merupakan 'kawasan wajib kunjung' bagi masyarakat India di ibu Kota untuk memenuhi kelengkapan sambutan mereka.

Lokasi ini juga menjadi tumpuan kaum lain untuk sama-sama mengambil kesempatan membeli-belah.

Bagi golongan peniaga pula, sambutan Deepavali ini sentiasa menjadi lubuk rezeki buat mereka.

Keistimewaan Deepavali tahun ini, adalah ianya jatuh pada hari ahad dan ini memberikan kesempatan kepada rakyat Malaysia untuk bercuti panjang.