Wednesday, November 20, 2019
updated 12:18 PM UTC, Nov 20, 2019

Isu RM90 juta: Datuk Dr Nasharudin bakal didakwa esok - SPRM

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan akan mendakwa bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan petang ini, SPRM telah mendapat izin daripada Peguam Negara bagi menuduh Nasharudin pada pukul 9.00 pagi esok.

Datuk Dr Nasharudin bakal menghadapi pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Kanun Keseksaan

SPRM turut mengesahkan telah menahan Nasharudin pada pukul 2.00 petang ini di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berhubung dakwaan beberapa pemimpin PAS menerima wang RM90 juta disyaki daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Menurut kenyataan itu, kesemua maklumat berkaitan kes berkenaan akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan.