Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Kertas dasar pentadbiran Islam berteraskan 'Rahmatan Lil Alamin'akan dibentangkan kepada Kabinet Jumaat ini -Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa

  • Published in Berita Semasa

BANGI - Kertas dasar pentadbiran Islam berteraskan 'Rahmatan Lil Alamin' sudah disiapkan, dan akan dibentang kepada Kabinet, Jumaat ini.

Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa aspek-aspek penting yang ditekankan dalam penggubalan dasar berkenaan meliputi perlembagaan persekutuan, kepelbagaian kaum, adat dan tradisi.

Beliau yakin, segala kandungan dasar berkenaan mampu memastikan pentadbiran Malaysia Baharu mencapai objektif menambah baik dan memulihkan sistem dalam negara.

Penerangan berhubung dasar 'Rahmatan Lil Alamin' itu kepada pusat pengajian tinggi setakat ini menerima maklum balas positif.

Datuk Seri Dr Mujahid menyatakan perkara itu ketika menghadiri Persidangan Mahasiswa Rahmah di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi Selangor.