Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Penunggang Motosikal Maut rempuh belakang bas

  • Published in Berita Semasa

KUCHING - Seorang maut selepas motosikal yang ditunggangnya merepuh belakang bas yang diletakkan di tepi jalan di Rumah Nugok Sungai Laong, Kiba Bakong, Baram, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superitenden Alexson Naga Chabu menerusi kenyataan media mendedahkan, mangsa, Engkang Anak Selutan, 32 tahun, maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Kejadian sekitar 3.15 pagi, Engkang yang menunggang motosikal dari arah pekan Batu Kawa ke kawasan perumahan Rancangan Perumahan Rakyat Batu Kawa dilaporkan hilang kawalan sebelum melanggar bas persiaran yang diletakkan di sebelah kiri jalan.

Berdasarkan laporan yang diterima, bas terbabit diletakkan di tepi jalan oleh pemandunya sebelum tidur di rumah berhampiran dengan tempat kejadian.

Mangsa dihantar ke hospital umum Sarawak dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 kurungan Satu Akta Pengangkutan Jalan 1987.