Tuesday, June 2, 2020

updated 10:04 AM UTC, Jun 2, 2020

Dua kakitangan syarikat swasta dibenar ke tempat kerja, proses pembayaran gaji

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 30 Mac - Kerajaan membenarkan maksimum dua kakitangan syarikat swasta hadir ke tempat kerja bagi pemprosesan pembayaran gaji.

Melalui satu kenyataan, Kementerian Sumber Manusia menyatakan, ini bagi memastikan pembayaran gaji pekerja swasta dapat dibuat mengikut ketetapan undang-undang.

Ia membabitkan kakitangan Bahagian dan Unit Kewangan atau Sumber Manusia untuk menjalankan kerja spesifik iaitu menyelaras dan memproses 'payroll'.

Tempoh kerja itu hanya satu hari sahaja, sama ada pada 31 Mac atau 1 April 2020.

Dalam pada itu, majikan diminta untuk menyediakan surat atau dokumen pelepasan dan kebenaran ke tempat kerja.

Nama penuh, nombor kad pengenalan pekerja terlibat dan no telefon majikan perlu disertakan dalam surat tersebut untuk dihubungi bagi tujuan pengesahan.

Pekerja terbabit perlu membawa dan mengemukakan surat atau dokumen tersebut bagi memudahkan pergerakan mereka.