Logo

MAIWP bantu usahawan B40 yang terjejas akibat COVID-19


KUALA LUMPUR, 28 Mac- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP turut mengambil inisiatif membantu usahawan B40 dan rakyat yang hilang mata pencarian akibat Covid-19.

Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee, satu jawatankuasa teknikal ditubuhkan dianggotai MAIWP, SME Corp dan Bank Islam.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan mengenalpasti bentuk bimbingan bersesuaian dan efektif.

Bagi fasa pertama melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, MAIWP akan melaksanakan pakej itu dengan kerjasama Bank Islam.

Ia dijangka memberi manfaat kepada usahawan B40 dengan sasaran pendapatan bulanan di peringkat awal antara RM10,000 hingga RM20,000.

MAIWP sebelum ini, telah meluluskan peruntukan zakat lebih 25 juta Ringgit bagi membantu golongan asnaf dan pihak yang memerlukan sepanjang tempoh PKP.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.