Monday, May 25, 2020

updated 12:38 PM UTC, May 25, 2020

Tahap pematuhan di Kota Bharu meningkat

  • Published in Berita Semasa

KOTA BHARU, 26 Mac - Di Kota Bharu, tahap pematuhan orang ramai terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat.

Hari ini, pihak berkuasa memperketat kawalan di semua laluan utama susulan teguran keras Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hasan, semalam.

Tinjauan mendapati pusat bandar Kota Bharu kembali lengang, jauh berbeza berbanding semalam.

Orang ramai juga tidak lagi berkumpul di lokasi tumpuan atau keluar rumah tanpa sebab.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abd Rahim Daud berkata lebih banyak sekatan jalan raya dibuat membabitkan setiap laluan masuk ke pusat bandar.

Operasi pemantauan tahap pematuhan PKP yang lebih tegas turut diperluas ke kampung dan kawasan perumahan pinggir bandar.