Tuesday, March 31, 2020

updated 2:27 PM UTC, Mar 31, 2020

UTeM sambut baik keputusan laksana pembelajaran dalam talian sepanjang PKP

  • Published in Berita Semasa

DURIAN TUNGGAL, 26 Mac - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyambut baik keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk melaksanakan pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr. Raha Abdul Rahim berkata, melalui pembelajaran dalam talian, pensyarah dapat melipatgandakan bahan pembelajaran.

Manakala pelajar boleh belajar secara kendiri.

Jelas beliau, latihan dan garis panduan telah diberi kepada pensyarah-pensyarah dan dipantau bagi memastikan ia dapat digunakan secara berkesan.

Tempoh PKP membuka ruang kepada universiti tersebut untuk memantapkan lagi infostruktur dan infrastruktur di universiti berkenaan bagi menghadapi segala cabaran pada masa akan datang.