Logo

Masyarakat Seremban patuhi PKP



SEREMBAN, 26 Mac
- Di Negeri Sembilan, penduduk sekitar dilihat semakin sedar tentang pentingnya Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, hasil tinjauan PDRM ke Pasar Ampangan yang sebelum ini merupakan lokasi tumpuan ramai mendapati, tidak berlaku kesesakan.


Namun begitu masih ada yang kurang peka dengan satu meter jarak sosial.

Tambahnya, beliau berharap perkara ini seharusnya dipatuhi.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan mengejut di Pasar Ampangan, Seremban.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.