Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Sejumlah besar penduduk Johor patuh dan akur Perintah Kawalan Pergerakan

  • Published in Nasional

JOHOR BAHRU, 25 Mac - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Johor berpuas hati dengan sikap penduduk di negeri itu yang patuh kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Panglima Tujuh Briged Infantri, Brigedier Jeneral Datuk Zawawi Adam berkata, komitmen dan kerjasama rakyat perlu diteruskan bagi memastikan rantaian penularan COVID-19 diputuskan.

Hasil rondaan ATM bersama PDRM selama 4 hari di Johor mendapati, 95.3 peratus rakyat negeri itu patuh kepada arahan PKP.

Justeru, pihaknya yakin, usaha kerajaan untuk menghalang wabak itu daripada terus merebak akan berhasil jika rakyat terus patuh kepada arahan tersebut.

ATM akan terus tingkatkan kerjasama dengan PDRM untuk mengawal dan memberi tumpuan terhadap sekatan yang melibatkan 27 pegawai serta 651 anggota lain-lain pangkat.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan agar rakyat tidak mudah percaya kepada penularan berita palsu di media sosial dan dapatkan maklumat sahih menerusi laman web yang sah.