Tuesday, June 2, 2020

updated 1:05 AM UTC, Jun 2, 2020

Saran puasa sunat, solat hajat dari rumah esok - Syeikh Rodhi

  • Published in Berita Semasa



ALOR SETAR, 25 Ma
c - Umat Islam disaran berpuasa sunat dan solat hajat secara serentak di seluruh negara termasuk Kedah, esok.

Ini bagi memohon perlindungan dan doa kepada Allah SWT supaya wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini pulih sepenuhnya.

Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, Syeikh Rodhi Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata, solat hajat tersebut boleh dilakukan di kediaman masing-masing bermula dengan solat Maghrib.

Jelasnya lagi, pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan wabak tidak terus merebak.

Selain bersyukur ke hadrat Ilahi atas perkembangan penurunan kes, usaha wajar dipertingkatkan supaya penyakit pandemik berbahaya lenyap dan kehidupan kembali normal.

Pada masa sama, Syeikh Rodhi turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas di pelbagai bidang yang bertungkus-lumus membantu menangani penularan COVID-19.