Tuesday, October 22, 2019
updated 1:50 AM UTC, Oct 22, 2019

Belanjawan 2020 - MED cadang peruntukan dana PKS

  • Published in Berita Semasa

PETALING JAYA - Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berharap peruntukan yang lebih baik kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam Belanjawan 2020.

Ini dapat membantu negara untuk mencapai sasaran Dasar Keusahawanan Malaysia 2030 untuk menjadikan Malaysia negara usahawan menjelang 2030.

Kementerian katanya berusaha untuk memupuk budaya keusahawanan yang lebih kuat dalam semua segmen di antara masyarakat Malaysia selaras dengan DKN 2030.