Logo

Tiada lagi lorong tambah nilai, PLUS batal lorong tambah nilai di semua lorong keluar plaza tol

KUALA LUMPUR - Berikutan kejayaan menurunkan kesesakan trafik di semua lorong keluar plaza tolnya, PLUS Malaysia Berhad PLUS, akan melaksanakan sepenuhnya Langkah TIADA TAMBAH NILAI di lorong keluar plaza tolnya.

PLUS dalam satu kenyataan media memaklumkan sejak melaksanakan inisiatif tersebut pada 1 ogos lalu di plaza tol Wilayah Tengah, kesesakan semua lorong keluar telah dapat dikurangkan sebanyak 48.2%.

Ia bersamaan 22,000 kenderaan daripada 42,500 kenderaan yang dikesan menyebabkan kesesakan di plaza tol keluar lebuhraya.

Ianya ketara dalam bilangan pelanggan lebuh raya yang mempunyai baki rendah atau baki tidak mencukupi yang cuba menambah nilai di lorong keluar di plaza-plaza tol di Wilayah Tengah iaitu plaza-plaza tol yang terletak di antara laluan Seremban hingga Ipoh Selatan.

Langkah PLUS tidak menyediakan perkhidmatan itu, juga bertujuan untuk menjamin keselamatan pembantu perkhidmatan pelanggan PLUS kerana kemalangan melibatkan kenderaan berat melanggar pondok tol kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Pengguna PLUS dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka dan memastikan kad Touch 'n Go mereka mempunyai baki yang cukup sebelum memasuki lebuh raya.

Touch 'N' Go boleh ditambahnilai di lebih 10 ribu pusat tambah nilai di seluruh negara.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.