Monday, May 25, 2020

updated 12:38 PM UTC, May 25, 2020

COVID-19: Lebih 8,800 jemaah tabligh dikesan polis

  • Published in Nasional



PUTRAJAYA, 22 Mac
- Polis telah berjaya mengesan lebih 8,800 jemaah tabligh yang berhimpun di Masjid Jamek Seri Petaling.

Justeru, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, pihak polis akan segera bertindak menahan mereka di kediaman masing-masing, untuk dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan.

Ahli Tabligh yang belum melalui saringan kesihatan dikhuatiri menjadi pembawa COVID-19 yang akan membahayakan ahli keluarga terdekat.

Datuk Seri Ismail Sabri mengambil contoh kes kematian di Sarawak semalam disebabkan terdedah kepada salah seorang anggota jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan tersebut.