Monday, May 25, 2020

updated 12:38 PM UTC, May 25, 2020

Kes kematian akibat Covid-19 pertama babit kakitangan kesihatan

  • Published in Nasional

 

KUALA LUMPUR, 22 Mac - Angka kematian akibat COVID-19 meningkat kepada 9 orang dengan 1 lagi kes setakat petang ini.

Ia turut merekodkan kes kematian pertama melibatkan kakitangan kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook rasminya menjelaskan, mangsa meninggal dunia pada 10.33 pagi tadi selepas kira-kira 5 hari dimasukkan ke hospital.

Mangsa lelaki berumur 48 tahun itu merupakan seorang doktor perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Turki, dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 setelah mengalami simptom "Severe Acute Respiratory Infection".

Beliau disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2020, iaitu kes ke-890 dan diberi bantuan alat pernafasan sejak 19 Mac lalu setelah keadaan kesihatannya merudum.