Logo

Feri hubung Langkawi ke K.Kedah dan K.Perlis beroperasi sekali sehari mulai esok

LANGKAWI, 22 Mac - Bermula esok, feri penumpang yang menghubungkan Pulau Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis akan beroperasi sekali sehari berbanding 2 kali sehari pada 20 Mac lalu.

Langkah itu, bertujuan mengurangkan kemasukan pelancong ke pulau bebas cukai berkenaan, selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supritenden Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ia mengambil kira pandangan serta jabatan terlibat terlebih dahulu sebelum keputusan dicapai.

Beliau ditemui RTM semasa melakukan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan hari kelima di Langkawi.

Dalam pada itu, seramai 21 anggota dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap siaga membantu anggota polis di Langkawi sehingga 31 Mac ini.

Tinjauan RTM juga mendapati rata-rata penduduk Langkawi akur dengan perintah yang bermula 18 Mac lalu di seluruh negara.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.