Logo

Utusan Melayu (Malaysia) Berhad bakal dikenakan tindakan undang-undang - M Kulasegaran

KUALA LUMPUR - Utusan Melayu (Malaysia) Berhad bakal dikenakan tindakan undang-undang.

Demikian tegas Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran

Ia susulan pemberhentian operasi serta merta yang melibatkan 862 kakitangannya semalam.

Menurut Kula, tindakan itu merupakan satu kesalahan undang-undang di bawah Akta Kerja 1955.

Masalah kewangan memaksa syarikat mengarahkan pekerja mengosongkan pejabat pada pukul 1 petang semalam.

Kesatuan Wartawan Kebangsaan menyifatkan langkah itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan menggesa Utusan Melayu Bhd membayar pampasan dan gaji pekerja yang tertunggak.
Kementerian Sumber Manusia

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.