Sultan Johor sumbang bekalan makanan kepada anggota polis bertugas sekitar Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 22 Mac - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyumbang bekalan makanan khusus kepada pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam penugasan sekatan jalan raya disekitar bandar raya Johor Bahru.

Sumbangan disampaikan kepada Ketua Polis Negeri, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay di Istana Pasir Pelangi.

Menerusi entri di laman Facebook, baginda memaklumkan, bantuan makanan boleh disampaikan kepada anggota dan ahli keluarga masing-masing.

Baginda bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah sebelum ini berkenan mengurniakan sumbangan makanan kepada petugas-petugas perubatan di Hospital Permai.