Tuesday, October 22, 2019
updated 1:43 AM UTC, Oct 22, 2019

Guna gajet berlebihan, kanak-kanak berisiko rabun jauh - TPM

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA - Kajian berkaitan peningkatan kes rabun jauh dalam kalangan kanak-kanak kesan daripada penggunaan gajet yang keterlaluan akan dijalankan bermula tahun hadapan.

Kajian dijalankan Kementerian Kesihatan bersama-sama Universiti Kebangsaan Malaysia UKM.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kajian terperinci itu bagi mengkaji lebih mendalam kesan kesihatan mata selepas penggunaan gajet tanpa kawalan terutama di kalangan kanak-kanak.

Penggunaan gajet yang berlebihan boleh menyebabkan risiko perubahan tidak sihat pada bahagian saraf mata akibat terdedah terlalu lama kepada cahaya biru dari skrin gajet.

Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Penglihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 di Putrajaya.

Datuk Seri Wan Azizah turut mencadangkan program kesedaran mengenai kesihatan mata dapat dilaksana di pusat jagaan kanak-kanak untuk memberi pendedahan awal penjagaan mata sejak kecil.