Thursday, November 14, 2019
updated 3:34 PM UTC, Nov 14, 2019

Pelaksanaan Program Subsidi Petrol-PSP dibuat berpandukan data kukuh - Menteri KPDNHEP

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Program Subsidi Petrol-PSP dibuat berpandukan data kukuh.

Ketiadaan sumber data utama untuk mengenal pasti pemilik bot-bot kecil dan genset antara sebab penduduk di Sabah, Sarawak dan Labuan dikecualikan daripada pelaksanaan Program Subsidi Petrol-PSP.

Namun Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, meski dikecualikan daripada PSP, golongan berpendapatan rendah di wilayah terbabit tetap akan menikmati subsidi petrol secara pukal iaitu pada harga runcit semasa 2 ringgit 8 sen seliter.

Penjelasan itu bagi menjawab pertanyaan wakil Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Purata jumlah jualan petrol RON 95 di Sabah, sepanjang 2018 adalah 63 juta liter sebulan.

Manakala di Sarawak dan Labuan, masing-masing berjumlah 67 juta liter dan 2.8 juta liter sebulan.