Logo

Bunuh diri antara sepuluh penyebab utama kematian di dunia yang dikaitkan dengan kesihatan mental - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga melaporkan, bunuh diri antara sepuluh penyebab utama kematian di dunia yang dikaitkan dengan kesihatan mental.

Dianggar, satu kematian berlaku setiap 40 saat menjadikan hampir 800 ribu orang mati setiap tahun akibat bunuh diri.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, setiap orang boleh belajar mengenali tanda amaran bunuh diri dan mengambilnya dengan serius.

Antara tanda amaran awal mengasingkan diri, perubahan ketara dalam tabiat makan atau tidur serta memuat naik mesej luar biasa di media sosial.

Justeru, KKM menyediakan perkhidmatan kesihatan mental melibatkan seribu-satu klinik kesihatan dan lebih 200 orang Pakar Perubatan Keluarga.

Selain itu, empat buah institusi mental, 60 hospital kerajaan dan 25 buah Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) turut menawarkan perkhidmatan psikiatri, kaunseling dan psikoterapi kepada individu yang mengalami kemurungan serta pengurusan kes berkaitan tingkah laku bunuh diri.

Oleh itu, masyarakat tidak seharusnya menghukum dan lebih terbuka membicarakan isu kesihatan mental seperti kemurungan dan tidak menganggapnya sebagai kes terpencil

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.