Thursday, November 14, 2019
updated 3:34 PM UTC, Nov 14, 2019

Rakyat Kelantan bakal menikmati akses internet berkelajuan tinggi - TKSU KKMM

  • Published in Berita Semasa

KOTA BHARU - Rakyat Kelantan bakal menikmati akses internet berkelajuan tinggi apabila projek sistem rangkaian jalur lebar dengan kemudahan teknologi gentian optik dilaksana mulai tahun hadapan.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Shakib Ahmad Shakir berkata, menerusi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP), rakyat negeri itu akan menerima 98 peratus capaian internet menjelang 2023.

Melalui NFCP, rakyat berpeluang menikmati pelbagai perkhidmatan melalui capaian infrastruktur jalur lebar berkualiti tinggi pada harga berpatutan selain menyokong perkembangan ekonomi digital dan Revolusi Industri 4.0.

Beliau bercakap di Kota Bharu.

Pelan NFCP tersebut akan dikembangkan ke seluruh Kelantan secara berperingkat termasuk di Bachok, Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli.

400 sekolah akan menerima manfaat.