Logo

Pencapaian cemerlang sejak 2016, UMP kekal penarafan 5 bintang

 

PEKAN, PAHANG - Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus mengekalkan penarafan lima bintang dalam Pengauditan Pengurusan Kewangan Indeks Akauntabiliti UMP.

Pengauditan setiap dua tahun itu dijalankan Jabatan Audit Negara dan penarafan cemerlang itu diterima sejak 2016.

Naib Canselor UMP, Profesor Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff berkata, bagi mengekalkan prestasi pencapaian lima bintang, universiti itu sentiasa membuat kawalan dalaman bagi memastikan skop kawalan yang disenarai dipatuhi.

UMP akan terus mewujudkan budaya kerja berasaskan amalan terbaik untuk meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan termasuk berintegriti.

Beliau berkata demikian di Pekan, Pahang.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.