Tuesday, October 22, 2019
updated 1:08 AM UTC, Oct 22, 2019

KPKT turun padang bersama komuniti urus sampah dengan betul

  • Published in Berita Semasa


LEMBAH BERINGIN, SELANGOR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini giat melaksanakan program turun padang ke peringkat komuniti bagi membudayakan penjagaan k ebersihan khususnya kitar semula bahan buangan.

Jelas Menterinya, Zuraida Kamaruddin, program tersebut akan diperluas ke seluruh negara, dan melaluinya rakyat berpeluang meraih pendapatan sampingan. Langkah tersebut jelas beliau dapat membudayakan rakyat dengan persekitaran yang bersih daripada sebarang pencemaran.

Jika ia dapat direalisasikan, negara ini akan menjadi lebih bersih dan boleh beralih ke fasa seterusnya iaitu memberi mereka bimbangan untuk mengasingkan sampah dengan betul khususnya di kawasan kediaman dan taman.

Pelan tindakan menangani masalah sampah sebelum ini telah sedia ada namun ia tidak berjaya kerana tidak dilaksanakan dengan baik.

Justeru, program bersama komuniti diharap dapat membantu kerajaan menguruskan sampah dengan betul.

Terdahulu, Zuraida menjadi panel dalam program syarahan anjuran Kolej Yayasan UEM di Lembah Beringin, Selangor.