Logo

Kenyataan hanya melalui MKN dapat bendung berita palsu

 

KUALA LUMPUR, 21 Mac - Penyaluran maklumat terkini mengenai wabak COVID-19 hanya menerusi kenyataan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dilihat dapat membendung penularan berita palsu dalam kalangan masyarakat terutama melalui media sosial.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Nasharudin Mat Isa dalam satu kenyataan menyifatkan, tindakan kerajaan dilihat bijak dan penting bagi memastikan orang ramai boleh terus menyemak fakta di sumber yang sahih.

Jelas Nasharudin, Perintah Kawalan Pergerakan bukan sahaja membataskan aktiviti diluar rumah bahkan meningkatkan perasaan ingin tahu yang tinggi berkaitan wabak terbabit.

Bagaimanapun, sebagai warganegara yang bertanggungjawab sewajarnya hanya menerima dan akur kepada perintah dan arahan kerajaan sahaja.

Ini kerana penularan berita palsu boleh mengakibatkan pelbagai situasi panik dalam kalangan masyarakat.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.