Logo

COVID-19 : Indonesia darurat 2 minggu



JAKARTA, 21 Mac
- Indonesia mengisytiharkan darurat selama dua minggu berikutan ancaman COVID-19.

Gabenor Jakarta, Anies Baswedan berkata, semua hiburan akan dihentikan mulai Isnin ini dan pengangkutan awam dihadkan.

Beliau turut menggesa syarikat membenarkan kakitangan bekerja dari rumah.

Kes positif pertama COVID-19 di Indonesia dicatat pada 2 Mac lalu.

Jumlah kes setakat semalam sebanyak 369 kes dengan 32 kematian.

2 kes turut melibatkan kanak-kanak berumur dua dan tiga tahun selepas keluarga mangsa dijangkti virus berkenaan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.