Tuesday, October 22, 2019
updated 1:24 AM UTC, Oct 22, 2019

Johor menyokong Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) melahirkan modal insan kelas pertama berpengetahuan tinggi dalam bidang pertanian - MB Johor

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU - Johor menyokong penuh pelbagai inisiatif yang dilaksana Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) dalam melahirkan modal insan kelas pertama berpengetahuan tinggi dalam bidang pertanian serta perladangan. 

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengakui sektor pertanian perlu diperkasa dengan komited melalui pelbagai kaedah dan pendekatan baharu.

Kedudukan sektor pertanian, juga katanya tidak boleh dipandang rendah kerana kebergantungan terhadap sumber pertanian kini hangat dibincangkan secara
global.

Justeru, kerajaan bertanggungjawab memenuhi hak kecukupan makanan yang lebih berkualiti dan selamat selari Dasar Agromakanan Negara.

Kreativiti serta inovasi juga penting dalam usaha membangunkan usahawan tani berinovasi tinggi dalam penghasilan produk tani serta pemasaran pertanian komersial.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPNJ kali ke-41 di Johor Bahru.