Thursday, November 14, 2019
updated 3:34 PM UTC, Nov 14, 2019

Memorandum persefahaman pelbagai sektor dimeterai sempena Pameran dan Persidangan Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa Malaysia (IGEM 2019) - Yeo Bee Yin

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - 16 memorandum persefahaman daripada pelbagai sektor dimeterai sempena Pameran dan Persidangan Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa Malaysia (IGEM 2019) Ke-10.

Menteri Tenaga, Teknologi,Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MESTECC), Yeo Bee Yin menjelaskan acara tahunan itu akan terus menyumbang kepada kemunculan produk inovatif dan teknologi hijau di semua sektor termasuk perbankan dan kewangan.

Kerajaan akan terus meningkatkan hubungan perniagaan antara negara.

Selain meningkatkan kesedaran dan mengalakkan industri ke arah penggunaan teknologi hijau yang mampan sebagai penyelesaian kepada keperluan industri.

Yeo bercakap dalam sidang media selepas hadir pada pameran dan persidangan IGEM di ibu negara.

IGEM 2019 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pagi ini.

Ia acara perdagangan tahunan terbesar di Asia Tenggara yang mampu menjana berbilion ringgit.