Logo

Kes Adib : dua saksi pakar akan dipanggil bantu siasatan

KUALA LUMPUR - Berikutan kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memaklum saksi pakar yang akan dipanggil segera bagi membantu siasatan ialah Perunding Kanan Patologi Forensik United Kingdom Prof Dr Shahrom Abd Wahid dan Pakar Fizik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Amir Ab Ghani.

Jelas beliau, pihak polis menerima arahan daripada Pejabat Peguam Negara yang diterima pada 4 Oktober lalu untuk meneruskan siasatan.

Polis juga meminta 56 individu daripada 66 orang yang disiarkan gambar mereka sebelum ini untuk tampil membantu polis berkaitan kes Adib.

Datuk Huzir bercakap dalam sidang media di ibu negara.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.