Logo

COVID-19 : KTMB gantung sementara trennya



KUALA LUMPUR, 21 Mac
- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menggantung sementara beberapa perkhidmatan trennya.

Penggantungan itu akan berkuatkuasa sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan, 31 Mac ini.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir Kamarulzaman Zainal memaklumkan, penggantungan itu melibatkan operasi tren eletrik (ETS), KTM Antarabandar, KTM Komuter dan Skypark Link.

Pengurangan perkhidmatan berkenaan dibuat bagi mengoptimumkan operasi tren, sejajar arahan semasa kerajaan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan.

Ia juga bagi meminimakan pergerakan rentas negeri.

Penumpang juga boleh membuat pindaan tarikh perjalanan atau pembatalan tiket di kaunter atau ke laman sesawang KTMB.

Maklumat semasa operasi tren juga boleh diperoleh dari laman sesawang yang sama atau hubungi pusat panggilan KTMB.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.