Tuesday, October 22, 2019
updated 1:50 AM UTC, Oct 22, 2019

275 terima Darjah Kepahlawanan ATM

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah berkenan mengurniakan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia ATM 2019 kepada 275 penerima, bagi sesi kedua.

Penganugerahan itu sempena sambutan Hari ATM ke 86.

Turut berangkat pada majlis yang berlangsung di Istana Negara Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Kesemua penerima dikurniakan darjah Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT).

Panglima Medan Barat Tentera Darat Mejar Jeneral Datuk Ahmad Nasir Abd Rahman mendahului senarai 275 penerima.

Seri Paduka turut berkenan mengurnikan darjah PSAT kepada lapan penerima yang lain, Pahlawan Angkatan Tentera PAT 38 penerima, Kesatria Angkatan Tentera KAT 112 penerima dan Bentara Angkatan Tentera BAT 116 penerima.