Pelanggaran arahan Perintah Kawalan Pergerakan boleh ancam nyawa orang lain

KANGAR, 20 Mac - Pelanggaran arahan perintah kawalan pergerakan oleh seorang muslim adalah berdosa kerana ia mampu mengancam nyawa bukan sahaja diri sendiri malah masyarakat sekeliling.

Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Islam jelas menekankan setiap umatnya perlu mentaati Allah, rasul dan pemerintah selagi ia tidak menjurus kepada maksiat.

Beliau mengulas perbuatan sebahagian rakyat yang mengambil remeh arahan Perintah Kawalan Pergerakan tanpa menyedari kesannya boleh mengancam nyawa.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu di konti Perlis Fm menerusi program "Ambik Tau Fatwa".