Thursday, November 14, 2019
updated 3:34 PM UTC, Nov 14, 2019

Dewan Rakyat lulus RUU Antiberita Tidak Benar

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019 menerusi undi belah bahagian setelah diusulkan semula oleh ahli parlimen pembangkang.

Menerusi undian itu seramai 92 bersetuju manakala 51 lagi tidak bersetuju.

Akta Antiberita Tidak Benar, Akta 803 itu dikuatkuasakan pada 11 April 2018.

Untuk rekod, RUU Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 dibacakan di Dewan Rakyat untuk kali pertama pada 8 Ogos 2018, seterusnya diluluskan selepas bacaan kali ke dua dan ketiga pada 16 Ogos 2018.

Bagaimanapun RUU itu tidak mendapat sokongan di Dewan Negara selepas selesai dibahaskan pada September 2018 melalui undi belah bahagian.