Thursday, November 14, 2019
updated 3:34 PM UTC, Nov 14, 2019

Pelan Induk Perlindungan Sosial Kebangsaan bakal diperkenal, nilai semula keberkesanan bantuan kewangan serta kebajikan

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Pelan Induk Perlindungan Sosial Kebangsaan bakal diperkenal bagi menilai semula keberkesanan bantuan kewangan serta kebajikan di kesemua kementerian.

Jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Majlis Perlindungan Sosial Negara (MySPC) telah diaktifkan semula, untuk menyelaras dasar dan program berkaitan.

Ke arah itu, satu mesyuarat khas bagi membincangkan draf pelan tersebut akan diadakan, awal Disember ini.

Menjawab pertanyaan wakil Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah, Datuk Seri Dr. Wan Azizah berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mempunyai kakitangan pekerja sosial mencukupi.

Ia mengakibatkan berlakunya ketidakcekapan dalam pengurusan perlindungan sosial.

Berdasarkan kajian Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), nisbah pekerja sosial di JKM berbanding penduduk Malaysia adalah seorang pekerja kepada 8,576 penduduk.

Bagi mengatasinya, Rang Undang-Undnag Akta Profesion Kerja Sosial dijangka dibentangkan Disember ini, bagi mengkuhkan peranan kumpulan sasar.