Logo

Masih berdegil dan berkeliaran di jeti Marang

 

MARANG, 20 Mac - Masih terdapat beberapa individu yang berada di Jeti Marang, kira-kira 11.00 pagi tadi, meskipun semua jeti ke Pulau sekitar Terengganu di tutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ia turut meliputi semua agen pelancongan, jeti dan perkhidmatan bot untuk ke Pulau Kapas yang ditutup mengikut saranan dikeluarkan kerajaan.

Malah penguatkuasa dan anggota polis turut ditempatkan di kawasan jeti berkenaan bagi memantau pergerakan orang ramai agar mengikut arahan dikeluarkan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.