Logo

Tiada perubahan terhadap kepimpinan Negeri Sembilan

 

SEREMBAN, 25 Feb - Menteri Besar Negeri Sembilan mengesahkan tidak berlaku sebarang perubahan terhadap kerajaan negeri kerana masih kekal dengan majoriti hasil kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14, lalu.

Bagaimanapun Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan berkata, kerajaan negeri akan mengambil tindakan susulan terhadap enam kawasan DUN yang diselaras ahli BERSATU berikutan keputusan parti itu keluar daripada gabungan PH. 

DUN Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi.

Ketika ini, kerajaan PH Negeri Sembilan dibentuk menerusi gabungan 11 wakil rakyat DAP, enam PKR  dan tiga AMANAH.

Manakala 15 wakil rakyat UMNO mengisi kerusi pembangkang dan satu MIC.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.