Logo

BERSATU nafi ahli parlimen dan pemimpinnya keluar parti

 

PETALING JAYA, 25 Feb - Majlis Pimpinan Tinggi BERSATU menafikan dakwaan ahli parlimen dan anggota pimpinannya telah keluar parti.

Setiausaha Agung BERSATU Datuk Marzuki Yahya menegaskan, semua anggota parti masih berada dalam barisan sama dan mampu menghadapi kemelut politik ketika ini dengan baik.

Kenyataan tersebut dibuat selepas mesyuarat tergempar BERSATU di ibu pejabat parti itu yang berlangsung malam tadi.

Pihak media turut cuba mendapatkan reaksi daripada Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi sebarang komen.

Pemimpin BERSATU yang menghadiri mesyuarat tersebut termasuk Timbalan Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua ARMADA Syed Saddiq Abdul Rahman.

Ia merupakan mesyuarat pertama diadakan selepas pengumuman parti itu keluar daripada Pakatan Harapan.

BERSATU terus menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, meskipun beliau telah meletak jawatan sebagai Pengerusi parti itu.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.