Logo

Mesyuarat tertutup PKR dipengerusikan Datuk Seri Azmin Ali

 

PETALING JAYA, 23 Feb - Mesyuarat tertutup yang dipengerusikan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Petaling Jaya kini telah berakhir.

Mesyuarat yang bermula sejak pagi tadi itu turut dihadiri Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan dua Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Datuk Saifuddin dilihat keluar dari dewan mesyuarat kira-kira 12.55 tengah hari namun tidak memberi sebarang komen.

Mesyuarat pada asalnya dijadual berakhir 5 petang tadi.

Namun pengamal media masih menantikan kelibat pemimpin-pemimpin tersebut keluar dari dewan mesyuarat.

Belum ada sebarang pengesahan sama ada Datuk Seri Azmin akan mengadakan sidang media atau sebaliknya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Larut yang merupakan anggota Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut kelihatan pagi tadi.

Selain beliau, Menteri Kerja Raya Baru Bian, Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah juga menghadiri mesyuarat terbabit.

Kira-kira 6.45 petang, beberapa pemimpin UMNO tiba di lokasi mesyuarat.

Antaranya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tan Sri Annuar Musa.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.