Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Jerebu: Pembenihan awan akan dilakukan segera di Sarawak

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU - Proses pembenihan awan akan dilakukan di beberapa titik panas di Sarawak, sebagai langkah menangani fenomena jerebu yang melanda negara ketika ini.

Jelas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin tindakan itu akan dilakukan segera sekiranya keadaan awan sesuai untuk operasi itu dilakukan.

Sarawak banyak dipengaruhi oleh jerebu yang merentasi sempadan dari Wilayah Kalimantan, Indonesia.

Beliau ditemui pemberita selepas Merasmikan Majlis Penutup Hari Inovasi Kejuruteraan - Industri UTM 2019 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Johor Bahru.

Beliau mengulas mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan persekutuan dalam menangani masalah jerebu.

Satu perbincangan telah diadakan bersama kedutaan Indonesia di Malaysia bagi mencapai kesepakatan menangani isu jerebu pada 10 September lalu.