Wednesday, September 18, 2019
updated 1:31 PM UTC, Sep 18, 2019

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pergiat usaha beri kesedaran isu hamil luar nikah dikalangan remaja

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR - Usaha kreatif dipergiat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dalam memberi kesedaran berhubung isu kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat CSR bersama agensi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan NGO itu, meliputi pengedaran pelekat amaran di lokasi-lokasi awam, selain tayangan video di pawagam.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh percaya, pendekatan kreatif digunakan mampu menyampaikan mesej lebih berkesan kepada masyarakat.

Hannah menjelaskan perkara itu ketika menghadiri majlis Pelancaran dan Pembukaan Pameran Seni dan Pesta Belia Serantau Asia 2019 di ibu negara.

Selain Malaysia, program berkenaan melibatkan penyertaan lebih 14 negara Asia termasuk India, Indonesia, China, Bangladesh, Bhutan, Pakistan, Filipina dan Myanmar.